salam semua...yana nak share ngan korang resepi Moist Chocolate Cake ni...kek ni memang sangat senang nk buat..kawan2 yana pon ramai yg mintak resepi kat yana...sejak2 dah beli piuk steamer ni,mmg rajin yana buat kek yg menggunakan kaedah kukus ni...hehehe actually kalo uolls search kat pakcik google pon melambak2 resepi yang kurang same mcm resepi yang yana nak sharekan ni...so,cube la sendiri...kalo malas nak buat tu boleh la tempah kat yana...*wink*
MOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan:
2 biji telor gred A (yana pakai 3 biji telor gred C)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak/minyak jagung
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 cawan air panas
Cara-cara:
1.Kacau telur dengan whisk/senduk sampai sebati.Tak perlu terlalu kembang.
2.masukkan gula,serbuk koko dan susu.Kacau lagi hingga sebati.
3.Masukkan minyak masak dan kacau.
4.Masukkan tepung+soda bikarbonat+baking powder yang telah di ayak.
5.Last sekali masukkan air panas.kacau sampai pekat dan kukus sehingga masak.
TOPPING :
-coklat masakan
-whipping cream/susu segar
-cairkan coklat masakan dgn cara 'double boil'.kemudian masukkan whipping cream sikit2 sampai dapat kepekatan coklat yg diinginkan.
CREAMY BUTTER CHICKEN
4 years ago
0 comments:
Post a Comment